Giveaways soon...

Friday, May 20, 2011

Nasi Ayam Kampung @ Restoran A Hassan

Posted by ciawei at 12:43 AM
Restoran A Hassan


Inilah kali pertama saya makan nasi ayam kampungdi restoran. Selalunya makan di kampungku: Terengganu, ayam-ayam kampungyang diternak oleh nenek saya. Restoran A Hassan ni memang memberi perasaan nostalgia kepada saya.

Restoran A Hassan ni memang terkenal dengan ayam goreng, ayam percik kampong. Belum sampai pukul 1 petang sudah ramai beratur di depan pintu.

Ayam Kampong:
Apa keistimewaan ayam kampong?
-Ayam Kampungni terkenal dengan kekurusannya,
-Daging sikit.

Tapi…tapi…
Keenakkanya tiada bandingan! Yang antaranya saya paling suka peha ayam kampong, kurus tapi perasaan semasa di mulut berbeza dengan ayam biasa, ini mungkin disebabkan oleh ayam kampungbiasa lari-lari dan jalan-jalan banyak! Anda pasti akan suka mengunyahnya sepuas-puas!!

Ayam kampungni mesti makan bersama sos cili pedas yang disediakan khas. Kombinasi kedua-duanya pasti enak sekali! Untuk kau yang suka pedas, ingatkan taruh banyak-banyak sos cili pedas!!

Oh pedas! Apa boleh buat? Pastinya ABC yang paling menyegarkan selepas makanan pedas-pedas ni!

Selain itu, restoran A Hassan juga mempunyai lauk-pauk seperti ketam, kerang, mentarang, daging, ikan, sayur-sayuran yang beraneka pilihannya.

Lala/ Siput: Kuah Lala sungguh enak dimakan bersama nasi! Lala sungguh enak dimakan tanpa nasi! Haha~

Keselesaan dalam restoran: Segar dan selesa walaupun cuaca panas di luar disebabkan kipas-kipas yang banyak…ni tempat lepak-lepak yang bagus jugak! Tapi hiasan dalaman biasa saja.

Harga:
Nasi Puteh: RM 1.20
Ayam Goreng/Gulai/Percik: RM 4.00
Semua harga di antara RM 1.20 hingga RM 8.00 (Lala Besar).

Akhir kata: ~Restoran ni nampak biasa, harga biasa tapi ayam kampongnya memberi perasaan yang luar biasa~

Anda pasti tidak akan menyesal untuk merasainya.

Ramainya yang beratur sebelum makan tengah hari


Senarai Harga


Inilah makanan tengah hari saya


Ayam Goreng dengan sos cili pedas khas, yummy!


Lala dengan kuah yang sedap!


Nasi campur


ketam-ketam, sedap!


enaknya ayam goreng kampung


Alamat:
35G Jalan USJ 10/1 UEP Subang Jaya, Selangor

0 comments:

Related Posts with Thumbnails